Friday, August 21, 2009

Tautan Mesra Sahabat Penyayang UPSI 09

Adalah dimaklumkan bahawa kelab akan mengadakan satu program ‘tautan mesra sahabat penyayang’ peringkat kelab penyayang UPSI 2009. Program ini bertujuan adalah untuk beramah mesra bersama-sama ahli kelab baru dan memperkenalkan jawatankuasa tertinggi kelab kepada semua ahli. Selain itu, program ini juga adalah untuk mendedahkan semua ahli baru kepada program-program yang akan diadakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Ahli baru juga akan membuat LDK dengan memberi penekanan kepada perancangan baru 2010. Setiap ahli baru dikehendaki membeli pakaian koprat F1 penyayang berserta T-Shirt kelab. Yuran adalah seperti yang ditetapkan. Semua ahli baru di kehendaki hadir pada 29.08.2009 di Bilik Pameran Bitara siswa Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Sila lihat pada memo kelab dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sunday, August 9, 2009

SIDANG KEMUNCAK KELAB PENYAYANG 2009

Baru-baru ini kami di Kelab Penyayang UPSI telah mengikuti satu persidangan kemuncak Kelab Penyayang peringkat IPT yang menggabungkan beberapa buah universiti seluruh Malaysia. Sejumlah 16 buah IPTA/IPTS yang terlibat daripada 18 kelab penyayang yang wujud diseluruh negara. Antara universiti yang teribat ialah UPSI, UITM Shah Alam, , USM, UMT, UTM, UNISEL, UKM, UNIMAP, UMP, USIM, MSU, UM Kolej Ungku Aziz, UNIMAS, LIMKOKWING, UNIKAL-MIAT, dan UPM.

Bermula pada 31 julai sehingga 02 ogos yang bertempat di Esset Bangi Selangor, program ini adalah bertujuan untuk mengadakan satu perjumpaan antara ahli Kelab Penyayang seluruh negara. Persidangan utama ini adalah dibawah kelolaan Yayasan Budi Penyayang Malaysia yang mana bertujuan untuk mempertingkatkan lagi usaha semua ahli kelab mencapai misi dan visi kelab masing-masing khususnya dan Yayasan Budi Penyayang secara amnya yang menekankan aspek kebajikan masyarakat yang melibatkan tiga golongan utama iaitu anak-anak yatim, orang kurang upaya ( OKU ) dan warga emas.

Selama 3 hari 2 malam menjalani perkampungan di Esset Bangi, pelbagai LDK yang dijalankan meliputi aspek kerjasama dalam kumpulan, kepimpinan dan ketepatan masa. Antara fasilitator yang menjayakan aktiviti ini ialah En. Anas Zubedy dan tidak kurangnya Dr.Reevany Bustami yang mengetuai aktiviti ice breakers. Kemuncak persidangan ini ialah dengan ikrar semua ahli kelab Penyayang dan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada peserta serta sesi bergambar bersama semua pengawai Yayasan Budi Penyayang dan seluruh IPT yang terlibat.

Friday, August 7, 2009

LAWATAN MUHIBBAH ANAK YATIM PENYAYANG 2009

Program Lawatan Muhibbah ke rumah anak yatim dan fakir miskin Baitul Hasanah telah diadakan pada 22hb Mac 2009 bertempat di Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Antara objektif yang ingin dicapai dalam program Lawatan Muhibbah ini ialah :


i) Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli kelab Penyayang dengan anak-anak yatim dan fakir miskin Baitul Hasanah.


ii) Program ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah dan mengambil tahu tentang keadaan anak-anak yatim dan fakir miskin di rumah angkat tersebut


iii) Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan ahli-ahli baru kelab penyayang UPSI dengan rumah angkat dan sekaligus menyedarkan ahli-ahli kelab tentang matlamat dan kepentingan rumah angkat berkenaan.

PERJUMPAAN PENYAYANG 2009

Perjumpaan ahli Kelab Penyayang 2009 telah diadakan di Foyer Bitarasiswa dan gelanggang bola tampar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 29 Mac 2009. Antara objektif yang ingin dicapai dalam Perjumpaan ahli Kelab Penyayang 2009:

i. Mengadakan satu perjumpaan sesama ahli Kelab Penyayang UPSI.

ii. Mewujud ukhwah sesama ahli.

iii. Membuat penambahbaikan kelab kearah lebih berketrampilan dan matang seiring perubahan semasa.

BAKTISISWA PENYAYANG 2009

Aktiviti Program Tautan Kasih Mesra Penyayang yang berlangsung di Kg Kelawar pada 20-22 Febuari 2009. Antara objektif yang ingin dicapai alam program Pelancaran Kelab Penyayang ini ialah,


i. Menyediakan satu cara atau ruang sebagai galakkan kepada pelajar dan orang awam berinteraksi melalui aktiviti kemasyarakatan.


ii. Menjalin hubungan mesra antara Mahasiswa kampus dengan masyarakat luar yang jauh daripada lokasi utama Universiti.


iii. Menimba sebanyak mungkin pengalaman berkaitan dengan adat resam dan cara hidup masyarakat setempat.


iv. Melahirkan pendidik yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka.


v. Melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat perpaduan yang kukuh dan berterusan.

Sunday, August 2, 2009

GAMBAR KELUARGA PENYAYANG

GEGAR 'U' 2008


Konsert Gegar ‘U’ 11 telah diadakan pada 28 Ogos 2008 bertempat di Dewan Sri Budiman, UITM Shah Alam. Antara matlamat penganjuran Konsert Gegar ‘U’ 11 ini ialah :

i) Sebagai kesinambungan daripada Program Gegar ‘u’ Warna-Warna Malaysiaku pada tahun 2007

ii) Memberi hadiah kepada para pemenang untuk program realiti televisyen Gegar ‘U’ yang juga merupakan lanjutan dari Program Misi Suara Hati iaitu program realiti membantu golongan miskin dan tidak berkemampuan.

iii) Penganjuran konsert ini juga untuk menghargai peserta yang menghadiri Sidang Kemuncak Kelab Penyayang di Esset, Bangi

SEMARAK AIDILFITRI ANAK YATIM & FAKIR 2008

OBJEKTIF

i. Bagi mendekati masyarakat, terutamanya anak- anak yatim.

ii.
Program ini bertujuan untuk memupuk sifat bertanggungjawabdan keperihatinan kepada anak-anak yatim yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.

iii.
Program ini juga bertujuan untuk mencapai matlamat Kelab Penyayang UPSI untuk mendekati masyarakat dan berhubung dengan pihak pengurusan rumah anak yatim dan fakir miskin Kuala Kubu yang merupakan bakal rumah angkat Kelab Penyayang UPSI di bawah naungan Yayasan Budi Penyayang Malaysia sekaligus mencapai matlamat Kelab Budi Penyayang Malaysia untuk memperbanyakan amalan kebajikan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.