Sunday, August 2, 2009

JALINAN KASIH 3

Aktiviti Program Jalinan Kasih 3 bersama peghuni rumah Anak Yatim/ Miskin Budi Mulia Nurul Huda telah berlangsung di Kg. Tersusun, Chemor bertarikh pada 26 Januari 2008 yang lalu. Antara objektif yang ingin dicapai dalam program ini adalah :

i. Bagi mendekati masyarakat, terutamanya anak- anak yatim.

ii. Program ini bertujuan untuk memupuk sifat bertanggungjawab dan keperihatinan kepada anak-anak yatim yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.

iii. Program ini juga bertujuan untuk mencapai matlamat Kelab Penyayang UPSI untuk mendekati masyarakat dan berhubung dengan pihak pengurusan rumah anak yatim Budi Mulia Nurul Huda yang juga merupakan rumah angkat Kelab Penyayang UPSI di bawah naungan Yayasan Budi Penyayang Malaysia sekaligus mencapai matlamat Kelab Budi Penyayang Malaysia untuk memperbanyakkan amalan kebajikan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

iv. Program seperti ini adalah satu program wajib bagi Kelab Penyayang di setiap IPTA iaitu satu program kemuncak Sebelum persidangan tahunan Yayasan Budi Penyayang diadakan. Ia mencerminkan gambaran dan khidmat bakti yang tulus kepada rumah angkat Kelab Penyayang setiap Universiti.

No comments:

Post a Comment