Sunday, August 2, 2009

FUTSAL AMAL 2008

Aktiviti Futsal Amal Kelab Penyayang UPSI 2008 ini telah berlangsung di Gelanggang Futsal, Universiti Pendidikan Sultan Idris bertarikh 24 Februari 2008 yang lalu. Antara objektif yang ingin dicapai dalam program ini adalah seperti berikut :

I. Mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada Rumah Anak Yatim Budi Mulia, Chemor, Perak Darul Ridzuan.

II. Mewujudkan sikap prihatin, kepedulian dan kejelekitan (kepercayaan dan kasih sayang) dengan masyarakat di luar lingkungan universiti.

III. Melahirkan kesedaran dan keinsafan kepada mahasisiwa tentang permasalahan masyarakat dengan harapan melahirkan mahasiswa yang peka kepada masyarakat.

IV. Memberi peluang kepada para pelajar berinteraksi secara sihat melalui kejohanan ini agar dapat menjalinkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris.

V. Memupuk semangat kesukanan di kalangan siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris di samping memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat serta kebolehan yang dimiliki.

No comments:

Post a Comment